Friday, June 5, 2009

UNDANG-UNDANG SUKU KAUM TOBILUNG: Bahagian VIII Peruntukan AM

Kuasa-Kuasa Sedia Ada Di Mahkamah

58. Tiada apa-apa jua dalam kaedah-kaedah ini boleh disifatkan sebagai menghadkan kuasa-kuasa sedia mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu mencegah ketidakadilan atau mencegah penyalahgunaan proses mahkamah dalam apa-apa kes yang melibatkan undang-undang adat anak negeri yang tidak nyata ditakluki di bawah kaedah-kaedah ini, tetapi yang diiktirafkan disebaliknya di bawah undang-undang adat anak negeri bagi masyarakat anak negeri di daerah di mana mahkamah itu ditubuhkan.

JADUAL 1
( KAEDAH 9 (3)

Pertalian persaudaraan sedarah sedaging bagi sumbang.
Maklumat mengenal perhubungan

1. Bapa dan menantu perempuan
2. Bapa dan anak angkat perempuan
3. Ibu dan menantu lelaki
4. Ibu dan anak tiri lelaki
5. Ibu dan anak angkat lelaki
6. Bapa saudara dan kemanakan perempuan
7. Bapa saudara dan kemanakan tiri perempuan
8. Emak saudara dan kemanakan lelaki
9. Emak saudara dan kemanakan tiri lelaki
10. Di antara saudara sepupu dan sepupu
11. Di antara saudara dua pupu dan saudara dua pupu
12. Di antara saudara tiga pupu dan saudara tiga pupu
13. Di antara abang atau adik tiri lelaki dan kakak atau adik tiri perempuan


PERLANGGARAN ADAT DALAM PERKAHWINAN

Perlanggaran ini biasanya dan lazimnya terus menjadi sebagai tambahan adat dalam perkahwinan suku kaum Dusun Tobilung.

PERLANGGARAN ADAT

1. Adat Kababaan Totuo

Sepasang suami isteri, kemudian adik atau abang kepada si suami berkahwin pula dengan dengan anak kemanakan isteri tadi. Si adik atau si abang yang berkahwin dikenakan membayar adat kababaan totuo kepada suami, isteri tersebut kerana sebelumnya si isteri dan si suami sebagai iparnya dan abang atau adiknya menjadi mentuanya selepas berkahwin dengan anak kemanakan isteri tersebut.

Adatnya;

(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi dan
(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul, dibayar kepada suami isteri tersebut

2. Adat Kababaan Tomulok

Sepasang suami isteri, kemudian sepupu si isteri berkahwin pula dengan anak kemanakan si suami tadi, sepupu si isteri yang mahu berkahwin dikenakan membayar adat kababaan tomulok kepada suami isteri tersebut kerana sebelumnya sebagai ipar dan sepupu menjadi mentua selepas berkahwin dengan anak kemanakan si suami tersebut.

Adatnya;

(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi dan
(b) Membayar adat pulanut 1 bilah parang dibayar kepada suami isteri tersebut.


3. Adat Panggor Nginan

Seorang lelaki dengan anak kemanakannya tetapi sudah jauh berkahwin, maka orang tua yang terdapat didalam keluarga perempuan yang adalah sebagai pakcik si lelaki yang berkahwin dan sebagai datuk kepada si perempuan yang berkahwin, maka si lelaki yang berkahwin dikenakan membayar adat panggor nginan kepada orang tua tersebut.


Adatnya;

(a) Membayar adat sogit panggor nginan 1 ekor babi dan
(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada orang tua tersebut

4. Adat Gayo Babut

Seseorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang adalah sepupunya tetapi sudah jauh, si lelaki yang berkahwin dikenakan membayar adat gayo babut kepada orang yang berada didalam keluarga perempuan yang dia adalah pakcik kepada kedua dua belah pihak yang berkahwin.

Adatnya;

(a) Membayar sogit 1 ekor ayam dan
(b) Membayar adat pulanut 1 bontuk dibayar kepada si pakcik tersebut.

( Pelaksanaan adat ini sebaik-baiknya di rumah perempuan yang berkahwin, mengadakan majlis kecil makan dan minum )

5. Adat Kosulakan

Sepasang suami isteri, kemudian adik atau abang lelaki si isteri tadi, berkahwin pula dengan adik atau kakak perempuan si suami, maka si adik atau si abang isteri tadi yang berkahwin dikenakan adat kosulakan kepada suami isteri tersebut;-

Adatnya;

(a) Membayar adat sogit kosulakan 1 ekor babi dan
(b) Membayar adat pulanut 1 bilah parang dibayar kepada suami isteri tersebut.

6. Adat Kosugkuan

Sepasang suami isteri, kemudian adik atau abang si suami berkahwin pula dengan adik atau kakak si isteri, maka si adik atau si abang yang berkahwin dikenakan adat kosugkuan kepada suami isteri tersebut. Dalam kaedah ini kedua-dua si suami dan si adik atau si abang yang berkahwin dikenakan adat iaitu si suami dikenakan adat kosugkuan tomulok dan si adik atau si abang yang berkahwin dikenakan adat kosugkuan totuo.

Adatnya;

6.1 Si suami dikenakan membayar adat kosugkuan tomulok kepada si adik atau si abangnya yang berkahwin

(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam besar dan
(b) Membayar adat pulanut 1 bilah parang

6.2 Si adik atau si abang yang berkahwin dikenakan membayar adat kosugkuan totuo kepada si suami tersebut:

(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi besar dan
(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat kogusaan 1 buah tinukul dan
(d) Membayar adat keeyaan tiwanon 1 buah tinukul, dibayar kepada mentuanya

7. Adat Kotingaan Tapi

Seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan yang adalah makciknya tetapi sudah jauh, maka si lelaki tersebut dikenakan adat kotingaan tapi kepada perempuan yang dikahwininya.

Adatnya;

a) Membayar adat sogit kotingaan tapi 1 ekor babi dan
b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul, dibayar kepada si perempuan yang
dikahwininya.

8. Adat Pitas

Seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan yang adalah bersaudara sedarah sedaging, maka si lelaki yang berkahwin dikenakan adat pitas.

Adatnya;

(a) Membayar adat sogit pitas 1 ekor ternakan dan
(b )Membayar adat pemitas 1 bilah keris kiulu sawan

(Hukuman adat pitas ini pada umumnya ialah ternakan babi, tetapi setelah diluluskan dalam permesyuaratan Ketua-Ketua Kampung dan Tokoh-Tokoh Adat pada 17hb Julai 2002 dan pada 11hb September 2002 di Balai Muhibbah Kg. Timbang, Kota Belud, maka adat pitas ini diberi ketetapan hukumannya dengan menggunakan istilah baru iaitu ‘ternakan’ yang mana bermaksud babi, sapi dan kerbau).

9. Adat Pingnganak Wagu

Seorang lelaki yang sudah pernah berkahwin tetapi sudah bercerai atau kematian isteri, kemudian berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang belum pernah berkahwin, maka si lelaki tersebut dikenakan adat pingnganak wagu.

Adatnya;
(a) Membayar adat pingnganak wagu 1 buah gong atau 1 ekor kerbau indung dibayar kepada perempuan yang dikahwininya.
10. Adat Kosondian

Sesorang lelaki yang mempunyai isteri kemudian berkahwin lagi kepada seorang perempuan lain ( poligami ) kalau bahasa Dusun Tobilung ‘magapid’ maka silelaki dikenakan adat kosondian kepada isterinya yang sedia ada.

Adatnya;

(a) Membayar adat kosondian 1 buah gong atau 1 ekor kerbau indung.

11. Sumbang Soroi

1. Sepasang suami isteri, kemudian adik atau abang si suami berkahwin dengan anak tiri perempuan si suami tadi. Maka si adik atau si abang dikenakan adat sumbang soroi.

Adatnya;

(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada ketua adat dan
(b) Membayar adat panggor nginan 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada si suami tersebut dan
(c) Membayar adat panggor nginan 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada si isteri dan
(d) Membayar adat kebabaan totuo kepada si suami 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(e) Membayar adat kebabaan tomulok kepada si isteri 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang.
(f) Membayar adat sogit kepanasan kampung yang berdekatan 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul kepada setiap kampung dan
(g) Membayar adat pisukud Ketua Kampung yang membicarakan kes 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul, tiap seorang pengadil ( Ketua Kampung ).

Nota:
i) Semua pembayaran sogit mestilah kepada Ketua Kampung.
ii) Dan kampung yang berdekatan yang menerima adat sogit kepanasan kampung ditentukan oleh Ketua Kampung.

12. Adat Koonsipan

Seorang lelaki yang bekahwin dengan seorang perempuan yang ada kaitan tali persaudaraan sedarah dan sedaging,maka si lelaki dikenakan adat keonsipan kepada orang-orang yang berada di dalam keluarga perempuan yang dia adalah pak cik atau mak cik kepada dua pasangan yang berkahwin.

Adatnya;

(a) Membayar adat sogit koensipan 1 ekor ayam besar dan
(b ) Membayar adat pulanut 1 bontuk

13. Adat Kowusung

Seorang lelaki yang bersetubuh dengan seorang perempuan yang mana si perempuan adalah sebagai mentuanya tetapi sudah jauh, maka si perempuan itu tadi dikenakan adat kowusung kepada lelaki tersebut.

Adatnya;

(a) Membayar adat kowusung 1 ekor babi dan
(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul, dibayar kepada si lelaki tersebut.

14. Adat Punso Tamalang

Seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak lelaki, tetapi sudah bercerai atau pun kematian isteri, berkahwin lagi kepada seorang perempuan yang juga mempunyai anak perempuan, kemudian anak lelaki tersebut berkahwin pula kepada si anak perempuan itu tadi, maka si anak lelaki tersebut dikenakan adat sumbang punso tamalang.

Adatnya;

(a) Membayar adat sogit kapanasan kampung 1 ekor babi dan
(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada ketua kampung dan
(c) Membayar adat kebabaan totuo 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada bapanya dan
(d) Membayar adat kebabaan tomulok 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang kepada si ibu (isteri si bapa) dan
(e) Membayar adat panggor nginan kepada si bapa 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(f) Membayar adat punggor nginan kepada si isteri si bapa 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(g) Membayar adat sogit kampung kepada kampung yang berdekatan. ( Kampung yang menerima adat sogit kapanasan kampung adalah ditentukan oleh Ketua Kampung ).

PERLANGGARAN NORMA-NORMA HIDUP MANUSIA

Perbuatan Zina

1. Mana-mana lelaki dan perempuan yang tiada kaitan tali persaudaraan yang belum sah berkahwin membuat persetubuhan haram ( zina ) sehingga mengandung dan melahirkan anak adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:

1.1. Lelaki di arah mengahwini perempuan tersebut dan dikenakan adat;

(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan pulanut 1
buah tinukul.
(b )Membayar adat malu ibubapa perempuan 1 buah tinukul
(c) Membayar adat berian seperti biasa
(d) Membayar adat pisukud kepada Ketua Kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam.
1.2. Jika si lelaki tidak mahu mengahwini perempuan itu boleh dikenakan:-

(a) Membayar adat nopung 1 buah panding dan 1 buah tinukul.
(b) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan pulanut 1
buah tinukul.
(c) Membayar adat malu kepada ibubapa perempuan 1 buah gong
(d) Diarah memberi belanja anak sehingga anak tersebut berumur 18 tahun.
(e) Membayar adat pisukud kepada Ketua Kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor
ayam.

Perbuatan Sumbang

2. Mana-mana bapa yang melakukan persetubuhan haram (zina) dengan anak kandungnya sehingga mengandung dan melahirkan anak adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung ( sumbang ) 2 ekor kerbau iaitu 1
ekor kerbau jantan sibapa dan 1 ekor kerbau betina sianak.
(b) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan pulanut 1 buah tinukul kepada ketua adat.
(c) Membayar adat sogit kepanasan kampung kepada 7 buah kampung yang berdekatan 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul setiap kampung.
(d) Membayar adat pisukud kepada ketua-ketua adat ( Ketua Kampung )
yang membicarakan kes itu 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul tiap seorang ketua adat ( Ketua Kampung ).
(e) Membayar adat pemutus hubungan bapa kandung dan anak kandung (kopitongkiyadan mimaleeng) 1 buah gong (tawag) kepada si isteri atau pun ibubapa si isteri.
(e) Sekiranya sibapa mempunyai isteri dikenakan membayar adat lapau 2 ekor kerbau indung kepada si isteri iaitu 1 ekor lapau sibapa dan 1 ekor lapau si anak.
(g) Tidak boleh berkahwin dan dipisahkan ke tempat kampung yang berlainan.

Nota:
1. Pada masa perbicaraan kes ini, mesti memotong (monobok) 1 ekor babi sebagai sogit bicara dan pulanut 1 buah tinukul dikendalikan oleh ketua adat
2. Tidak boleh menjalankan perbicaraan sebelum memotong (monobok) babi.
3. Kampung yang menerima sogit kepanasan kampung Akan ditentukan oleh Ketua Kampung.
4. Adat sogit sumbang 2 ekor kerbau itu tidak dimakan, hanya dibunuh dan dipotong-potong hingga bercampur aduk dengan tanah. Kerbau itu adalah sebagai ganti orang sumbang tersebut.

Lapau Namatai

3. Sesiapa jua lelaki atau perempuan setelah kematian isteri atau suami, kemudian
berkahwin lagi sebelum memberi adat todung adalah melakukan perlanggaran adapt istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat todung 1 bilah parang.
(b) Membayar adat lapau namatai 1 ekor kerbau kepada ibubapa simati.

Nota:-
i) Todung adalah adat cerai namatai.
ii) Namatai adalah roh orang mati.
iii) Adat todung ialah 1 bilah parang.

Hubungan Sejenis

4. Sesiapa jua lelaki yang didapati melakukan hubungan sejenis (mibusul) dan perempuan yang didapati melakukan hubungan sejenis (milokop) adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul dibayar kepada ketua adat.
(b) Membayar adat sumbang kampung 1 ekor kerbau dibayar kepada Ketua Kampung untuk dipotong dan dimakan beramai-ramai.
Perbuatan Mencabul (Magawor)

5. Sesiapa jua yang didapati menyelesup masuk ke bilik tidur seseorang perempuan baik melalui pintu ataupun tingkap dengan tujuan mahu mencabul atau merogol (magawor) perempuan tersebut adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat keenggoritan 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk
(b) Membayar adat malu kepada ibubapa perempuan 1 buah tinukul.

Perbuatan Membunuh

6. Sesiapa jua yang didapati membunuh dengan sengaja dan mengakibatkan kematian adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat bangun asangkayu 30 sinandangan kepada keluarga simati.

Perbuatan Sabit Membunuh

7. Sesiapa jua yang didapati ada kaitan dengan kematian seseorang atas tuduhan
membunuh dan disabitkan dengan kesalahan membunuh dengan tidak sengaja adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-

(a) Membayar adat bangun asalapak 15 sinandangan kepada keluarga simati.

Perbuatan Membunuh Dengan Tidak Sengaja

8. Sesiapa jua yang didapati terlibat dengan kematian seseorang yang disebabkan
perbuatan seseorang yang tidak sengaja adalah melakukan perlanggaran adat istiadat dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat kombit bangun sonsol 2 sinandangan.

Nota:-
i) Setiap adat sinandangan mesti didahului atau dikepalai dengan 1 ekor kerbau
dan 1 buah gong barulah diikuti dengan adat sinandangan lain-lain seperti
tajau, tinukul, sumbul, gadur dan salapa.

ii) Kaedah 6, 7 dan 8 sebenarnya adalah kes jenayah dan seterusnya diserahkan
kepada pihak Polis, kecuali kes ringkas yang dikembalikan oleh pihak Polis
kepada Mahkamah Anak Negeri atau Ketua Kampung untuk tindakan
selanjutnya.

Perbuatan Membunuh Ternakan Dan Binatang Peliharaan

9. Sesiapa jua yang didapati membunuh apa-apa ternakan seperti kerbau, sapi, kuda, babi dan sebagainya atau binatang peliharaan seperti anjing, kucing, ayam, itik dan sebagainya yang kepunyaan orang lain dengan tidak ada sebab munasabah adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:-

(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk.
(b ) Membayar gantirugi kepada pemunya ternakan.
(c) Membayar adat wayud sama besar atau nilai ternakan yang dibunuh.

Kecederaan Yang Disebabkan Oleh Binatang Ternakan

10. Mana-mana binatang ternakan atau peliharaan milikan orang yang telah
mengakibatkan kecederaan kepada orang lain maka pemilik binatang ternakan atau peliharaan itu adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk.
(b) Membayar kos perbelanjaan dan kos perubatan.

Perbuatan Bersetubuh Dengan Ternakan

11. Sesiapa jua yang didapati bersetubuh dengan binatang ternakan seperti kerbau,
sapi, kuda, anjing dan sebagainya adalah melakukan perlanggaran adat istiadat suku kaum Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Sekiranya yang melanggar adat istiadat adalah lelaki yang beristeri atau
perempuan yang bersuami dikenakan membayar adat malu kepada si isteri
atau si suami 1 gong dan sogit 1 ekor ayam besar dan pulanut 1 bontuk.
(b) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan 1 buah tinukul
kepada ketua adat.
(c ) Membayar sogit kepanasan kampung kepada kampung-kampung yang
berdekatan 1 ekor babi besar dan pulanut 1 buah tinukul.
(d ) Membayar adat pisukud kepada ketua adat yang membicarakan kes 2 ekor
ayam besar dan pulanut 1 bilah parang.

Sumber: tobilung.blogspot.com

No comments: