Wednesday, May 27, 2009

UNDANG-UNDANG DAN ADAT ISTIADAT SUKU KAUM TOBILUNG: Bahagian V Tanah Perkuburan dan Kematian

Menggali Kubur

24. Sesiapa jua pun tanpa sebab-sebab yang munasabah atau tanpa izin daripada keluarga atau saudara kadim simati, menggali di atas kubur simati adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat korualan ginawo 1 ekor kerbau kiadi dan
(b) Membayar gantirugi membaiki kuburan

Membakar Kubur Tanpa Sebab Munasabah

25. Sesiapa jua pun tanpa sebab-sebab yang munasabah membakar atau menyebabkan kebakaran mana-mana kubur adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar sogit 1 ekor kerbau dan
(b) Membayar kos membaiki kerosakan kuburan

Membakar Kubur Dengan Tidak Sengaja

26. Sesiapa jua pun yang dengan tidak sengaja membakar atau menyebabkan kebakaran mana-mana kubur adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar sogit 1 ekor kerbau
(b) Membayar kos membaiki kuburan

Kerosakan Kepada Kubur

27. Sesiapa jua pun yang melakukan apa-apa perbuatan atau meninggalkan suatu perbuatan yang merosakkan atau mungkin mengakibatkan kerosakan kepada mana-mana kubur disebabkan perbuatan atau peninggalan itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat korualan ginawo 1 buah gong dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor kerbau

Gangguan Kepada Kubur

28. Sesiapa jua pun yang memindah, mengubah, mencacat atau memotong mana-mana batu nisan atau mana-mana bahagiannya mana-mana tulisan pada nisan atau ukiran adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat korualan ginawo 1 buah gong dan
(b) Membayar kos sebenar gantirugi membaiki kerosakan kubur

Pengkebumian Di Tanah Perkuburan Yang Dirizabkan Untuk Kampung Lain

29.
(1) Sesiapa jua pun tanpa sebab-sebab munasabah, mengkebumikan mayat di tanah perkuburan yang dirizab untuk kampong lain tanpa terlebih dahulu memdapat izin daripada Ketua kampong bagi kampong itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat sogit korungkapan 1 ekor babi besar dan
(b ) Membayar denda adat 1 buah tinukul

(2) Apa-apa pembayaran sogit di bawah kaedah ini hendaklah diberikan kepada Ketua Kampung yang akan mengagihkan penalti itu dengan kadar yang sama kepada tiap-tiap keluarga yang biasanya bermastautin di kampong itu.

Pengkebumian Mayat Tanpa Izin

30. Sesiapa jua pun tanpa sebab-sebab munasabah atau keizinan keluarga atau saudara kadim simati mengkebumikan mayat adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan
(b )Membayar adat korualan ginawo 1 buah tinukul

Kematian Di Rumah Orang Lain

31. Jika seseorang itu meninggal dunia di rumah kepunyaan atai dalam penghunian sah orang lain, bukan sanak saudara simati, maka keluarga atau saudara kadim simati adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat kawantayan 1 buah tinukul dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk
(c) Membayar adat lakat 1 buah mangkuk

Kematian Di Ladang atau Di Sawah

32. Jika seseorang itu meninggal dunia di ladang atau di sawah kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain bukan sanak saudara simati, maka keluarga atau saudara kadim simati adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar sogit kotigagan 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk dan
(b) Membayar kos adat pongimuaw atau RM 10.00 dan
(c) Membayar adat karawagan 1 buah tinukul.


Sumber: tobilung.blogspot.com

UNDANG-UNDANG DAN ADAT ISTIADAT SUKU KAUM TOBILUNG: Bahagian IV Perkahwinan, Pertunangan dan Pikatan

Perkahwinan Di Antara Anak Saudara

12.
(1) Mana-mana lelaki mengahwini seorang perempuan yang saudaranya melalui pertalian persaudaraan sedarah sedaging adalah melakukan pelanggaraan undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung.

(a) Membayar adat pitas 1 ekor ternakan dan adat pulanut 1 buah keris kiulu sawan, keris ini diberikan kepada orang lain yang tiada hubungan kekeluargaan yang berkahwin dan
(b) Membayar sogit kepanasan kampung kepada 7 kampung yang berdekatan, 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud kepada pengadil, 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam dan
(d ) Membayar adat ‘Panggor Nginan’ dibayar kepada datuk, nenek perempuan 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul.
(e ) Membayar adat kababaan tetuo 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul dan
(f ) Membayar adat kababaan tomulok 1 ekor babi dan pulanut 1 bilah parang dan
(g ) Membayar adat sogit perkahwinan 1 ekor babi besar dipotong di rumah pengantin perempuan

(2) Dalam kaedah ini, seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai saudara melalui pertalian persaudaraan sedarah sedaging jika seseorang itu termasuk dalam perhubungan kekariban yang ditetapkan dan disenaraikan di dalam jadual II

Penamatan Pertunangan

13.
(1) Sesiapa jua pun yang bertunang, menamatkan pertunangan itu tanpa sebab-sebab yang munasabah adalah melakukan pelanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

Pihak lelaki

(a) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau indung dan
(b) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan tidak dikembalikan.

Pihak perempuan

(a) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau sumandak dan
(b) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan dikembalikan kepada lelaki.

(2) Adat lapik pertunangan ini mestilah dibuat sempena majlis pertunangan, adat lapik ini adalah sebagai pengikat pertunangan dan mestilah dibuat sebagai satu perjanjian diantara si lelaki dan si perempuan yang bertunang.

(3) Jika berlaku penamatan pertunangan:

(a) Jika pihak lelaki, maka pihak perempuan berhak mendapat adat lapik 1 ekor kerbau indung dan semua kos perbelanjaan pertunangan tidak dikembalikan.
(b) Jika pihak perempuan, maka pihak lelaki berhak mendapat adat lapik 1 ekor kerbau sumandak dan semua kos pertunangan mestilah dikembalikan kepada pihak lelaki.

Paksaan Untuk Berkahwin

14. Dalam kaedah ini, tiada seorang boleh dipaksa berkahwin sekiranya;-

(a) Pihak yang terkilan itu telah dibayar adat babas dan denda malu atau
(b) Kedua-dua pihak pertunangan itu saling bersetuju kepada penamatan pertunangan itu atau
(c) Pada pendapat pengadil-pengadil pertunangan itu telah terputus sehingga tidak dapat dipulihkan

Persetubuhan Haram Oleh Seorang Yang Bertunang

15.
(1) Sesiapa jua pun yang bertunang, melakukan persetubuhan haram dengan mana-mana orang yang adalah bukan orang dia bertunang untuk berkahwin adalah melakukan pelanggaran adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-

(a) Lelaki – membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau indung kepada tunang perempuannya dan
(b) Membayar adat malu kepada ibubapa tunangnya 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(d) Perempuan – iaitu pasangan lelaki membuat pelanggaran membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau sumandak dibayar kepada tunang lelaki tersebut dan
(e) Membayar adat sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang
(f) Membayar adat pisukud Ketua Kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam

(3) Jika apa-apa perlanggaran di bawah ini mengakibatkan penamatan mana-mana pertunangan, orang yang melakukan perlanggaran boleh dikenakan:

Jika Lelaki

(a) Membayar adat lapik tunang 1 ekor kerbau indung dan
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(c) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan tidak dikembalikan dan
(d) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau indung

Jika Perempuan

(a) Membayar adat lapik tunang 1 ekor kerbau sumandak
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(c) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan mesti dikembalikan kepada tunang lelakinya dan
(d) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau sumandak

Persetubuhan Haram Dengan Tunang Orang Lain

16.
(1) Seseiapa jua pun yang melakukan persetubuhan haram dengan tunang orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat istiadat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

Lelaki:

(a) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau indung dibayar kepada tunang perempuannya dan
(b) Membayar adat malu kepada ibubapa lelaki 1 buah tinukul dan
(c) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(d) Perempuan – iaitu tunang lelaki membayar adat lapau tunang 1 ekor kerbau sumandak
(e) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang

(2) Jika apa-apa perlanggaran di bawah kaedah ini mengakibatkan dengan
penamatan pertunangan, orang yang melakukan perlanggaran boleh
dikenakan:

Lelaki:

(a) Membayar adat lapik pertunangan 1 ekor kerbau indung
(b) Membayar gantirugi kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(d) Membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau indung dan
(e) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan

Perempuan:

(a) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau sumandak kepada tunangnya dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan pulanut 1 bilah parang
(c) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau sumandak

Memikat Tunang Orang Lain

17.
(1) Sesiapa juapun yang memikat atau membawa pergi tunang orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau indung
(b ) Membayar adat malu kepada tunang perempuan 1 buah tinukul
(c ) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul

(2) Dalam kaedah ini, jika orang yang melakukan perlanggaran itu adalah seorang perempuan, dia dikenakan membayar:

(a) Membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau sumandak
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada tunang lelaki dan
(c) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan pulanut 1 bilah parang

Memikat Isteri Atau Suami Orang Lain

18.
(1) Sesiapa jua pun yang memikat atau menbawa isteri orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau indung kepada si suami dan
(b) Membayar adat malu 1 buah gong kepada si suami dan
(c ) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul

(2) Perempuan si isteri dikenakan:

(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau sumandak kepada suaminya
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada suaminya
(c) Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(d) Membayar sogit anak-anak 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang jika ada.

Mengahwini Isteri Atau Suami Orang Lain

19.
(1) Mana-mana lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang adalah seorang
isteri orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum
Dusun Tobilung - Solod

(2) Mana-mana perempuan yang mengahwini seorang lelaki yang adalah suami orang lain adalah melakukan perlanggaran adat suku Dusun Tobilung - Monolod

(3) Jika lelaki mengahwini isteri orang lain:-

(a) Membayar adat solod 1 ekor kerbau indung kepada si suami perempuan
(b) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau indung kepada si suami perempuan
(c) Membayar adat malu 1 buah gong kepada si suami perempuan
(d ) Membayar adat sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul.

(4) Perempuan si isteri orang dikenakan:

(a) Membayar adat lapik perkahwinan 1 ekor kerbau sumandak kepada suaminya
(b) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau sumandak kepada suaminya
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada suaminya
(d ) Membayar adat kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(e ) Membayar sogit anak-anak 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang jika ada.

(5) Jika perempuan yang mengahwini suami orang lain boleh dikenakan:-

(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau sumandak dan
(b) Membayar adat solod 1 ekor kerbau sumandak dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(d) Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang

(6) Lelaki si suami orang:-

(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau indung dan
(b) Membayar adat lapik perkahwinan 1 ekor kerbau indung dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada isterinya dan
(d) Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(e) Membayar sogit anak-anak 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang jika ada.

Perkahwinan Bigami Atau Poligami

20. Mana-mana lelaki yang telah berkahwin, berkahwin lagi dalam masa isterinya masih hidup adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:-

(a) Perkahwinan poligami mengikut adat.

1. Membayar “adat kosondian” kepada isteri sedia ada 1 buah gong dan
2. Membayar adat sogit anak-anak 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang
3. Menjelaskan semua tanggungan berian kepada isteri sedia ada, jika berian tersebut belum habis dijelaskan

(b) Perkahwinan poligami yang tidak mengikut adat:-

1. Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul dan
2. Membayar adat lapau 1 ekor kerbau indung kepada isterinya yang sedia ada dan
3. Membayar adat kosondian kepada isterinya yang sedia ada 1 buah gong dan
4. Semua tanggungan berian yang belum dijelaskan mesti dijelaskan dan
5. Membayar sogit anak-anak 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk tiap seorang

Memikat Anak Dara Orang Lain

21. Sesiapa jua pun yang memikat atau membawa pergi anak dara orang lain daripada orang tuanya atau penjaganya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a ) Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(a) Membayar adat malu ibubapa perempuan 1 buah gong
(b) Membayar adat kapampangan sinuruton 1 ekor ayam dara dan pulanut 1 bontuk dan
(c) Kalau tidak mahu berkahwin boleh dikenakan denda 1 buah gong. ( Dalam kaedah ini si lelaki diarah untuk mengahwini anak dara tersebut, jika enggan boleh didenda 1 buah gong ).

Perkahwinan Sebelum Tamat Tempoh Berkabung

22. Sesiapa jua pun yang berkahwin sebelum tamat tempoh berkabung atau momuod bagi kematian seorang suami atau isteri adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat sogit namatai 1 ekor babi dan
(b) Membayar adat lapau namatai 1 ekor kerbau indung bagi suami dan kerbau sumandak bagi isteri.

Berkahwin Sebelum Kakak

23. Sesiapa jua pun yang berkahwin sebelum kakak adalah melakukan pelanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung adat kotoliban dan boleh dikenakan membayar kepada kakak adat kotoliban 1 buah salapa atau barang-barang lain yang senilai dengannya mengikut adat.


Sumber: tobilung.blogspot.com

Tuesday, May 26, 2009

UNDANG-UNDANG DAN ADAT ISTIADAT SUKU KAUM TOBILUNG: Bahagian III Kesalahan Seksual

Perbuatan Sumbang Kadim
8.
(1) Mana-mana lelaki yang melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan yang diketahui olehnya sebagai cucu perempuan, anak perempuan, adik atau kakak perempuan, nenek atau emaknya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung – Sumbang Tagayo.
(2) Mana-mana perempuan yang berumur enam belas tahun atau lebih yang membenarkan seorang lelaki yang diketahui olehnya sebagai datuk, bapa, adik lelaki atau abang, anak lelaki atau cucu lelakinya melakukan persetubuhan dengannya keizinannya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung – Sumbang Tagayo.
(3) Dalam keadaan ini ‘adik atau kakak perempuan’ termasuk saudara perempuan seibu sebapa dan adik lelaki atau abang termasuk saudara lelaki seibu sebapa dan apa-apa ungkapan yang bermaksud perhubungan dua orang hendaklah terpakai walaupun perhubungan itu tidak dapat dikesan melalui nikah yang sah. Lelaki:
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau jantan besar kepada ketua adat dan
(b) Membayar adat sogit miukum 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul kepada ketua adat dan
(c) Menbayar adat pisukud kepada setiap pengadil (Ketua Kampung) 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(d) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan(e) Membayar adat sogit kepanasan kampung-kampung yang berdekatan. Ketua Kampung yang menerima sogit akan ditentukan oleh Ketua Kampung.
Perempuan:
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau betina (sumandak) kepada ketua adat dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul. Persetubuhan antara anak saudara
9.
(1) Sesiapa jua pun yang melakukan persetubuhan haram dengan seorang yangadalah saudaranya melalui pertalian persaudaraan sedarah sedaging adalahmelakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:Lelaki
(a ) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau endung kepada Ketua Kampung atauketua adat dan(b ) Membayar sogit miukum 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul.
(c) Membayar adat pisukud kepada setiap ketua kampung yang membicarakan kes 1 ekor babi besar dan 1 buah tinukul.
(d) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buahkepada ketua adat dan
(e ) Membayar sogit kepanasan kampung kepada kampung yang berdekatan 1 ekorbabi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul.( Kampung yang menerima adat sogit kampung ditentukan oleh Ketua Kampong ).
Perempuan:
(f) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau sumandak.
(g ) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(2) Dalam kaedah ini, seseorang utu hendaklah disifatkan sebagai saudara melalui pertalian persaudaraan sedarah jika seorang itu termasuk dalam perhubungan kekariban yang ditetapkan dan disenaraikan dalam jadual 1Persetubuhan Haram Di Antara Orang-orang Yang Belum Berkahwin
10.
(1) Sesiapa jua pun yang melakukan persetubuhan haram denga mana-mana orang bukan suami isteri adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung – Miakan.
(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 tinukul dan(b) Membayar adat kemaluan keluarga perempuan 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud 1 buah tinukul, 1 ekor ayam kepada setiappengadil
(2) Jika perempuan seorang anak dara dirogol:
(a) Membayar “adat kepampangan sinuruton” 1 ekor ayam dara kepada si perempuan dan
(b) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan
(c) Membayar adat kemaluan ibubapa perempuan 1 kerbau
(3) Apa-apa pembayaran kepanasan kampung di bawah kaedah ini hendaklah diberi kepada Ketua Kampung yang akan mengagih penalti itu dengan kadar yang sama kepada semua setiap keluarga yang biasanya bermaustatin di kampung itu. Persetubuhan Haram Di Ladang Atau Di Sawah
11. Sesiapa sahaja yang melakukan pelanggaran undang-undang adat suku kaumDusun Tobilung ‘Miakan-akan’ di ladang atau di sawah kepunyaan atau dalampenghunian sah orang lain boleh dikenakan membayar kepada pemilik atau penghuni ladang atau sawah adat sogit
(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi besar dan
(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud ketua kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam
Sumber: tobilung.blogspot.com

UNDANG-UNDANG DAN ADAT ISTIADAT SUKU KAUM TOBILUNG: Bahagian II Serangan, Hentaman dan Kelakuan Mengancam

Menyebabkan kecederaan

4. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab yang munasabah menyebabkan kecederaan kepada mana–mana orang adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:
I. Jika luka dan keluar darah
(a) Membayar 1 buah tinukul dan
(b) Membayar ‘sogit’ 1 ekor ayam besar dan
(c) Membayar ‘adat pulanut’ 1 bontuk dan
(d) Membayar ‘adat sompol’ 1 depa kain putih (balasu) dan
(e) Membayar belanja / kos perubatan
II. Jika kecederaan patah tulang di mana-mana bahagian tubuh
(a) Membayar ‘adat’ denda kecederaan 1 ekor kerbau indung dan
(b) Membayar ‘sogit’ 1 ekor ayam besar dan
(c) Membayar ‘adat sompol’ 1 depa kain putih (balasu) dan
(d) Membayar belanja / kos perubatan
III. Jika buta mata sebelah denda adat sama seperti denda adat di bahagian IIIV. Jika buta kedua-dua belah mata
(a) Membayar adat denda kehilangan mata 2 ekor kerbau indung dan
(b) membayar sogit 1 ekor ayam besar dan
(c) membayar adat pulanutAncaman
5. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab yang munasabah mengancam seseorangdengan kematian, kecederaan, kepada tubuh atau kecederaan adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:
(a) Membayar adat ‘tiguras’ 1 ekor ayam besar dan(b) Membayar adat ‘pulanut’ 1 bontuk dan(c) Membayar adat denda 1 buah tinukul.Bangitkan kemarahan
6. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab yang munasabah, melakukan apa-apa perbuatan dalam penglihatan mana-mana orang atau menyebut apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi dalam pendengaran mana-mana orang dengan sengaja berniat untuk membangkit kemarahan orang itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan :
I. Jika cara menfitnah
(a) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan(b) membayar adat “babas” 1 ekor ayam besar dan(c) membayar adat “rondot kabang” 1 ekor babi atau kambing
II. Jika cara menyebut nama bapa/ibu yang sudah meninggal
(a) Membayar adat “korualan ginawo” 1 buah tinukul dan
(b) Membayar sogit namatai 1 ekor sapi / kerbau kiadi
III. Jika cara ancaman ( Moniguras)
(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam besar dan
(b) Membayar adat pulanut 1 bontukMenanamkan Ketakutan
7. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab yang munasabah melakukan apa-apa perbuatan dalam penglihatan mana-mana orang atau menyebut apa-apa perkataan dalam pendengaran mana-mana dengan sengaja berniat menanamkan ketakutan kepada orang itu adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:
(a) Membayar adat korualan ginawo 1 buah tinukul dan
(b) Membayar sogit 1 ekor ayam besar dan
(c ) Membayar adat pulanut 1 bontuk
Sumber: tobilung.blogspot.com

UNDANG-UNDANG DAN ADAT ISTIADAT SUKU KAUM TOBILUNG: Bahagian 1 Istilah / Tafsiran

1. Adat ~ Peraturan / Undang – undang.
2. Sogit ~ Pendingin atau imbangan.
3. Babas ~ Sogit pemberian mengikut adat yang bertujuan untukmengekalkan tali persaudaraan.
4. Tonduk ~Suatu benda kayu yang ditajamkan sebelah atas kemudian dipancakkan di atas tanah dekat pokok buah-buahan dan hujungnya menunjuk ke arah pokok buah-buahan menandakan tiada sesiapa berani mengambil atau mencuri buah – buahan tersebut.
5. Pagon ~ Benda berduri diikatpada pokok buah-buahan supaya tidak ada yang mencuri buah-buahannya.
6. Adat Malu ~Suatu pampasan adat berkenaan apa-apa yang menjadikan pihak terkilan kepada kejatuhan berkaitan dengan maruah, keaiban, kehinaan atau hilang kehormatan dihadapan saudara – mara atau masyarakat.
7. Koimanan ~ Suatu kerugian atau ganti rugi yang ditanggung disebabkan kemungkiran janji untuk melaksanakan suatu perbuatan.
8. Kotoliban ~ Pampasan adat yang perlu dibayar oleh adik yang berkahwin sebelum kakaknya.
9. Lapau ~ Adat kepanasan kepada suami atau isteri yang melakukan persetubuhan dengan orang lain iaitu membayar adat lapau sebagai pendingin.
10. Solod ~ Mengahwini isteri orang lain.
11. Monolod ~ Seorang perempuan yang berkahwin seorang lelaki yang adalah suami orang lain.
12. Miakan ~ Persetubuhan haram diantara orang-orang yang belum berkahwin.
13. Momuod ~ Adat berkabong kerana kematian suami atau isteri.
14. Mongindorosi ~ Perbuatan, perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak mengancam dengan kecederaan, kematian atau ketakutan.
15. Mongintinggon ~ Perbuatan , perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak memalukan atau membangkitkan kemarahan.
16. Pitas ~ Adat pemutus tali persaudaraan yang hendak berkahwin.
17. Sumbang ~ Adat kepanasan kerana saudara kadim bersetubuh.
18. Lapau Namatai ~ Adat tertindeh kepada si mati.
19. Mengintulus ~ Kata-kata yang bertujuan supaya seseorang itu mati.
20. Adat Koyomutan ~ Adat pembersih kerana terminum atau mandi di sungai, kolam atau perigi yang dibubuh oleh orang lain apa-apa jenis kekotoran seperti bangkai.
21. Mintoronong ~ Perbuatan khianat.
22. Moniguras ~ Perbuatan mengancam seseorang dengan menggunakan parang, kayu atau sebagainya seperti memotong rumah, pagar, tanaman atau sebagainya.
23. Adat Raat Ginawo ~ Adat pendingin kepada seseorang yang sakit hati kerana perbuatan yang tidak baik.
24. Bontuk ~ Gelang yang diperbuat daripada luyang atau tembaga.
25. Mibusul ~ Perbuatan sumbang sejenis lelaki.
26. Milokop ~ Perbuatan sumbang sejenis perempuan.
27. Keemomolian ~ Suatu perbuatan yang tidak minta izin.
28. Labot ~ Membuat rumah atau menebas ladang yang tidak siap kemudian ditinggalkan sehingga mendatangkan hantu labot.
29. Peeimamang ~ Perbuatan yang berniat menganiaya seseorang.
30. Gumundala ~ Ingkar janji.
31. Momudali ~ Membuat tuduhan atau membuat kenyataan yang direka-reka dan palsu.
32. Solob ~ Patung peliharaan bertujuan menghimpunkan iblis / syaitan untuk kepentingan sendiri,kemudian dijadikan sebagai kawan untuk menyembuhkan penyakit atau sebagainya.
33. Kosugkuan ~ Suatu perkahwinan dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama berkahwin sama-sama kepada dua orang perempuan yang adalah sekeluarga.
34. Wayud ~ Bayaran tambahan kepada orang yang mencuri dan membunuh binatang ternakan.
35. Adat Kababaaan ~ Adat perkahwinan yang ianya menjadi pengimbang.
36. Bangun ~ Adat imbang atas kematian seseorang.
37. Adat Pulanut ~ Adat pemberian sebagai pekeras kepada adat sogit.
38. Adat Sonsol ~ Adat inbangan jika berlaku kematian seseorang kerana perbuatan yang tidak disengajakan.
39. Miginawo ~ Bercinta sebelum ada pertunangan.
40. Adat Pisukud ~ Adat pekaras, adat perinding dan penolak kepanasan akibat membicarakan kedua pasangan lelaki dan perempuan yang sudah berhubungan sulit sebelum tunang dan berkahwin.
41. Karis Kiulu Sawan ~ Keris atau gayang yang berkepala atau berulu gading gajah.
42. Gook ~ Perkataan yang main-main dan boleh menyinggung perasaan orang lain.
43. Adat Purondom ~ Adat satu depa kain hitam untuk orang bobolian.
44. Adat Sompol ~ Adat satu depa kain putih untuk diberi kepada orang luka kerana dicederakan oleh orang.
45. Adat Kelikadan Dilah ~ Adat diberi kepada ketua kampung kerana minta cerai tetapi kembali lagi dengan isterinya tanpa merujuk kepada Ketua Kampung.
46. Loting ~ Adat tanda rumah yang tidak boleh dinaiki oleh orang lain kerana baru selesai upacara mengaji.
47. Keemuat ~ Kata-kata yang menyebut kemaluam lelaki atau perempuan.
48. Adat Monoliduk ~ Perbuatan seorang lelaki atau perempuan iaitu mengintip seseorang yang sedang mandi atau sedang tidur di dalam bilik.
49. Modsongodou ~ Upacara mengaji dengan tujuan perubatan tradisional.
50. Popotogod ~ Membangkitkan kemarahan seseorang dengan cuba mengancam atau menyebut apa-apa perkataan yang tidak baik.
51. Adat Kotigagan ~ Seseorang yang terkejut kerana melihat mayat di rumah, di ladang atau di sawah.
52. Kawantayan ~ Seseorang yang mati di rumah orang yang adalah bukan saudara kadimnya. Saudara kadim si mati dikenakan membayar adat pendingin atau adat kawantayan.
53. Adat Keenggoritan ~ Adat pemulih seseorang yang amat ketakutan akibat perbuataan orang yang cuba mengancam dengan kayu, parang dan sebagainya.
54. Adat Lakat ~ Adat pendingin rumah yang ianya kematian seseorang yang adalah bukan saudara kadim.
55. Adat Kesulangan ~ Adat pemberian kepada bobolian kerana gangguan semasa upacara mengaji seperti momurineet.
56. Kotulud Sunduwan ~ Seseorang yang amat terkejut kerana melihat perbuatan seseorang yang cuba mengancam.
57. Ternakan ~ Babi, kambing, lembu dan kerbau.
58. Unggas ~ Ayam
59. Gayo Babut ~ Adat kepanasan kepada orang tua kerana perkahwinan dua pasangan di mana ada terdapat tali persaudaraan si lelaki adalah anak kemanakan dan si perempuan adalah cucu kepada orang tua tersebut.
60. Popiasa ~ seseorang membuat penyataan palsu bertujuan menfitnah.
61. Monginggorit ~ Memuji bayi atau anak kerana kegemukan atau kecantikan.
62. Rondot Kabang ~ Kesalahan akibat membuat penyataan palsu dengan tujuan menfitnah.
63. Magawor ~ Memasuki bilik tidur perempuan dengan tujuan hendak merogol.
64. Mengorindang ~ Perbuatan khianat bertujuan hendak meruntuhkan rumahtangga orang.
65. Koonsipan ~ Tersepit, perlanggaran adat dalam perkahwinan dua pasangan di mana terdapat tali persaudaraan diantara kedua-dua pihak.
66. Memulansung ~ Seseorang yang mahu mengahwini seseorang gadis secara paksa.
67. Poposumboh ~ Menyakitkan seseorang dengan cara menyuruh syaitan atau iblis.
68. Mipopol ~ Bersumpah dengan bertujuan menegakkan kebenaran.
69. Mongimuntang ~ Menyebut perkataan lucah dengan tujuan memalukan seseorang.
70. Ketulang ~ Bayaran ganti rugi mengikut adat.
71. Sinandangaan ~ Kerbau, gong, tinukul, sumbul, gadur dan salapa.
72. Adat Namatai ~ Sogit orang mati (Roh)

UNDANG-UNDANG DAN ADAT ISTIADA SUKU KAUM TOBILUNG: Pengertian dan Peranan Hukum

Pengertian Hukum Adat

Perkara 160 (2)Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat, setakat mana yang ianya dipakai adalah sebahagian dari undang-undang negara. Walau bagaimanapun, sebelum adat diiktiraf oleh undang-undang ianya terlebih dahulu mestilah memenuhi empat (4) syarat seperti berikut:
a) Adat mestilah sejarah turun menurun, ianya tidak boleh direka oleh masyarakat.
b) Adat mestilah diamati dan disanjung, dihayati serta diikuti oleh masyarakat.
c) Adat mestilah berterusan, tidak putus-putus dari satu keturunan pada suatu suku atau bangsa.
d) Adat mestilah mempunyai kuatkuasa untuk memgenakan hukuman ke atas orang yang melanggar adat.

Peranan Hukum Adat dan Prinsipnya

Untuk mengatur rukun hidup masyarakat, masyarakat dikawal oleh undang-undang adat. Setiap perlanggaran norma hidup yang berlaku dalam masyarakat akan dijatuhkan hukuman adat yang setimpal dengan perlanggaran. Pada zaman dahulu hukuman yang paling berat ialah hukuman mati. Hukuman lebih ringan, lebih ringan daripada itu ialah dikeluarkan daripada lingkungan masyarakat dan sekitarnya. Hukuman yang lebih ringan dan yang lazimnya ialah membayar denda yang dinamakan ‘sogit’. Denda sogit pula banyak jenis atau mengikut tingkatan dari berbagai punca yang timbul daripada perlanggaran atau kesalahan seseorang. Prinsip hukum adat umumnya ialah mewujudkan keamanan, ketenteraman setiap anggota masyarakat keseluruhannya. Hukum adat zaman dahulu kala tidak merupakan wang tetapi menggunakan ternakan dan alat-alat keperluan seperti panding, kumanis, sabpa, luping, gong, tinukul, sumbul, parang, bontuk dan sebagainya. Tetapi kerana keadaan peredaran zaman dan keperluan hidup sehari-hari telah berubah terutama sekali alat-alat seperti tersebut di atas amat susah diperolehi maka pembayaran denda atau ganti kerugian bertukar dengan wang di mana bayaran wang telah difikirkan berpatutan dengan nilai harta benda denda tersebut.
Sumber: tobilung.blogspot.com