Saturday, May 16, 2009

Gemilang & Standing In The Eyes Of The World

Lagu ini kami nyanyi semasa Malam perpisahan PERTINA Smk Kota Marudu 2001. Lagi ini adalah salah satu lagu kesukaan guru kami..




SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru dan khas buat guru-guru yang telah bertungkus lumus mendidik ku...jasa mu cikgu tetap ku kenang. Terima Kasih Cikgu kerana menjadi penyuluh hidupku.

Selamat Hari Guru

- Dari Bekas Anak Murid Cikgu2 Sekalian -

Tuesday, May 12, 2009

Melayu pascaliberalisasi ekonomi

GENAP 10 tahun, Malaysia sekali lagi terpaksa menempuh krisis ekonomi dunia. Krisis terakhir sekitar 1997-1999 yang dirancang oleh penyangak mata wang, George Soros. Tindakannya telah mengakibatkan nilai ringgit menyusut kepada RM4.50 bagi setiap dolar Amerika Syarikat (secara purata 1996: AS$1 > RM2.50). Malaysia yang ketika itu di bawah era Tun Dr. Mahathir Mohamad, terpaksa melaksanakan dasar kawalan modal (capital control) yang amat ketat.

Namun kini, di tengah-tengah kemelut ekonomi paling dahsyat sejak Perang Dunia Kedua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan liberalisasi ekonomi - suatu pendekatan berlawanan dengan strategi Tun Dr. Mahathir bagi mempertahankan ekonomi Malaysia.

Selayang pandang terhadap liberalisasi ekonomi, ia seolah-olah merugikan orang Melayu kerana syarat kuota 30 peratus pegangan saham bumiputera dalam 27 sektor ekonomi kini dihapuskan.

Sebenarnya, Malaysia sudah berada dalam situasi 'keterpaksaan' dan sedikit 'terkebelakang' dalam mengotakan janji dengan negara-negara serantau untuk menarik pelaburan asing langsung (FDI) ke ASEAN melalui liberalisasi ekonomi.

Data-data ekonomi terperinci juga menunjukkan bahawa Singapura dan Thailand yang melaksanakan liberalisasi ekonomi jauh lebih awal dari Malaysia berjaya mempamerkan tahap pemulihan ekonomi yang tinggi. Tetapi, di manakah Melayu pascaliberalisasi ekonomi ini?

Selain daripada kekuatan Melayu melalui institusi pelaburan gergasi seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji, sebenarnya Melayu hari ini bertaburan dalam pelbagai sektor ekonomi sehingga susah untuk melihat dominasi dalam sesebuah industri secara spesifik.

Kalau dahulu di bawah era Tun Dr. Mahathir-Tun Daim Zainuddin melalui struktur ekonomi 'payung', kita dapat melihat antara lain enam ikon usahawan Melayu terkenal iaitu Tan Sri Wan Azmi (L&G), Tan Sri Azman Hashim (Arab Malaysian Group), Tan Sri Tajuddin Ramli (MAS), Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad (DRB-Hicom), Tan Sri Rashid Hussain (RHB Group) dan Tan Sri Halim Saad (Renong) yang bukan hanya jaguh dalam industri masing-masing di Malaysia tetapi juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Malangnya hari ini, hanya beberapa ikon usahawan Melayu yang dilahirkan. Komuniti kecil ini tidak semantap ikon terdahulu kerana kekuatan mereka lebih tertumpu di dalam negara dan banyak bergantung harap kepada kerajaan.

Apa yang ingin saya hurai mengenai senario di atas ialah Melayu tidak semestinya perlu mendominasi sesebuah industri secara spesifik. Dominasi ekonomi Melayu secara spesifik juga menjadikan kelompok usahawan Melayu seperti sitting-duck (sekawan itik) yang mudah dicantas oleh pesaing-pesaing bukan Melayu mahupun sebangsa dengannya.

Kita hari ini juga perlu sedar bahawa sebilangan besar Melayu bukanlah daripada keluarga yang dapat menyediakan modal untuk berniaga seperti kaum-kaum lain. Saya lahir dalam keluarga yang pernah hidup di bawah garis kemiskinan, berasa amat bersyukur kepada Allah SWT kerana menjadi seorang profesional yang berjaya dengan hanya bermodalkan tulang empat kerat dan akal yang diisi dengan ilmu pengetahuan tajaan kerajaan Malaysia.

Atas alasan supaya Melayu tidak tertumpu hanya pada sektor ekonomi tertentu dan supaya tidak terus alpa dengan kedudukan keluarga yang tidak bermodal untuk berniaga, usaha bagi melambakkan tenaga profesional dan vokasional perlu ditingkatkan.

Tiga Profesional Setiap Keluarga

Jika Tun Dr. Mahathir pernah melaungkan saranan "Ke arah 70 juta penduduk" bagi menampung strategi pembangunan negara, saya pula ingin menyarankan agar kerajaan pimpinan Najib-Muhyiddin menumpukan perhatian untuk melahirkan tiga profesional bagi setiap keluarga Melayu.

Ini kerana hari ini, secara purata, seseorang profesional mampu mengumpul aset sejumlah RM1 juta apabila mencecah umur 40 tahun. Mengikut penganalisisan kami, jika enam ikon Melayu yang dilahirkan sewaktu era Tun Dr. Mahathir-Tun Daim mempunyai aset berjumlah RM1 bilion setiap seorang, jumlah aset terkumpul adalah RM6 bilion.

Jumlah aset sebanyak RM6 bilion ini sebenarnya memerlukan hanya 6,000 orang profesional dari puluhan ribuan siswazah yang keluar dari lebih 100 IPTA dan IPTS setiap tahun. Yang pasti, di kalangan 6,000 profesional tersebut akan lahir beberapa individu yang menyerlah sebagai ikon usahawan Melayu terkenal.

Dengan wujudnya senario tersebut, lambakan profesional Melayu dalam pelbagai sektor ekonomi secara tidak langsung mengurangkan risiko dicantas; merapatkan jumlah golongan kaya dan miskin; dan meneruskan budaya ekonomi 'payung' yang membimbing ribuan generasi pelapis ekonomi Melayu akan datang.

Kesimpulannya, Melayu pascaliberalisasi ekonomi perlu merebut pendedahan pengalaman dalam 27 sektor ekonomi yang dipegang oleh pelabur asing.

Pendedahan yang baik sebenarnya boleh diolah menjadi senjata untuk bersaing dalam penyelidikan, penghasilan produk, pembinaan dan penyediaan perkhidmatan yang berkualiti menjangkaui piawaian antarabangsa.

Akhirnya, Melayu bukan hanya mendominasi pelbagai sektor ekonomi tetapi menjadi jaguh di peringkat dunia dan tidak lagi bergantung kepada kerajaan.

*SUMBER - RENCANA UTUSAN MALAYSIA 12 MAY 2009-



Harga koko mampu kekal tinggi

HARGA koko di pasaran dunia yang dianggap tinggi sekitar AS$2,500 (RM8,750) satu tan ketika ini dapat dikekalkan atau ditingkatkan lagi jika pengusaha industri itu berusaha mempelbagaikan kegunaannya, kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.

Beliau berkata, kepelbagaian dalam penggunaan komoditi itu dapat meningkatkan permintaannya pada peringkat antarabangsa, sekali gus membantu mengekalkan atau meningkatkan lagi harganya walaupun ketika kegawatan ekonomi global.

Bagi tujuan itu, katanya pengeluar produk koko perlulah lebih peka dengan kehendak pengguna.

“Dalam dunia serba moden ini, satu daripada cara yang dapat memenuhi kehendak pengguna adalah dengan menggunakan sepenuhnya kemudahan sains dan teknologi khasnya melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Koko Antarabangsa Malaysia di ibu negara, semalam.

Seramai 250 peserta dari 15 negara menyertai persidangan selama dua hari bermula semalam bagi berkongsi pengalaman dan pendapat bagaimana meningkat serta memajukan lagi industri koko peringkat domestik dan antarabangsa.

Ketika ini, keluasan tanaman koko negara adalah sekitar 20,000 hektar dan saiznya semakin mengecil kerana menghadapi persaingan pembesaran kawasan tanaman komoditi lain seperti sawit.

Beliau berkata, penanam koko kecil-kecilan digalak untuk bergabung sebagai satu kaedah meningkatkan lagi pengeluaran koko negara.

“Kita merancang menjalin kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi mewujudkan kawasan tanaman koko yang lebih luas,” katanya.

*SUMBER - BERITA HARIAN 12 MAY 2009 -

Sunday, May 10, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY.....




Selamat Hari Ibu kepada mereka2 yang bergelar ibu dan untuk kita semua hargailah ibu2 kita kerana ibu cukup berharga dalam hidup kita dan......

Bila dahaga, yang susukan kita....mak
Bila lapar, yang suapkan kita....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping.. ..mak
Bila bangun tidur, kita cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, kita dekati....mak
Bila nak bergesel, duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujuk hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi....mak
Bila merajuk, yang memujuk kita cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan....mak
Bila nak peluk, yang kita suka peluk....mak
Aku (Kita) selalu teringatkan ....mak
Bila seronok, orang pertama kita nak beritahu.....mak
Bila takut, kita selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila buat hal, yang marah kita dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang selalu masak makanan kegemaran....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan lauk pauk kampung.....mak
Yang selalu berleter kat kita...mak
Yang selalu puji kita....mak
Yang selalu nasihat kita....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama kita tunjuk dan rujuk.....mak

Kita ada pasangan hidup sendiri dan bila ada pasangan....

Bila seronok, kita cari....pasangan kita
Bila sedih, kita cari....mak

Bila berjaya, kita ceritakan pada....pasangan kita
Bila gagal, kita ceritakan pada....mak

Bila bahagia, kita peluk erat....pasangan kita
Bila berduka, kita peluk erat....Mak

Bila nak bercuti, kita bawa....pasangan kita
Bila sibuk, kita hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Kita bagi hadiah pada pasangan
Bila sambut hari ibu... cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu.. Kita ingat pasangan kita
Selalu.. mak ingat kat Kita

Bila-bila... Kita akan talipon pasangan kita
Entah bila... kita nak talipon mak

Selalu...kita belikan hadiah untuk pasangan
Entah bila... kita nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

"Buat Mama yang tercinta, walaupun mama sudah tiada lagi di dunia ini, mama tetap di hati kami semua. Kasih, perhatian, suara, senyum dan tawa mu tetapi dihati kami selama-lamanya. Kenangan bersama mama tetap abadi dalam setiap langkah kami. Terima kasih Mama kerana melahirkan dan membesarkan kami serta memberikan kasih sayang dan segala-gala yang mama tinggalkan untuk kami semua, kami hargainya. Mamalah ratu hati kami dan mamalah ibu terbaik di dunia bagi kami anak-anakmu. Mama akan kami ingati dalam setiap hebusan nafas kami dan doa kami sentiasa bersama mama. Moga mama damai sejahtera bersama dia yang maha kuasa...WE LOVE YOU MOM!!HAPPY MOTHER'S DAY!"

SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU2.

GOD BLESS YOU ALL!