Friday, June 5, 2009

UNDANG-UNDANG DAN ADAT ISTIADAT SUKU KAUM TOBILUNG: Bahagian V II Kelahiran dan Pantang Larang

Kelahiran

54. Mana-mana perempuan yang melahirkan bayi di rumah kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat sogit koyomutan 1 ekor ayam besar dan
(b) Membayar adat pekeras atau lakat 1 bilah parang

Perbuatan Dilarang Dalam Tempoh Momuod

55. Sesiapa jau pun yang tanpa sebab-sebab munasabah, berjalan di bawah pokok buahan atau memasuki kebun buah-buahan kepunyaan orang lain dalam tempoh momuod yang sedang dipatuhi apabila suami atau isterinya mati adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan noleh dikenakan:

(a ) Membayar kepada pemunya kebun 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk

Larangan Adat

56.
(1) Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana larangan mengikut adat dalam tempoh atau keadaan yang orang itu dikehendaki untuk mematuhi di bawah adatnya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung:

(a) Membayar adat kosulangan sogit 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk
(b) Membayar apa-apa kos perbelanjaan mengadakan upacara ulangan

(2) Dalam kaedah ini, “larangan adat” ertinya suatu perbuatan atau aktibiti yang dilarang dibawah undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung sebagai tanda atau simbol penghormatan dan pemujaan mana-mana peristiwa atau kejadian yang dianggap bersifat ketuhanan dan suci di bawah adat suku kaum Dusun Tobilung:
Masuk Rumah Selepas Pengkebumian
57. Sesiapa jua pun yang tanpa sebab-sebab munasabah masuk ke rumah kepunyaan atau dalam penghunian sah orang lain selepas sahaja menghadiri upacara pengkebumian adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:

(a) Membayar adat sogit karawagan 1 ekor ayam dan adapt pulanut 1 bontuk.


Sumber: tobilung.blogspot.com

No comments: