Tuesday, May 26, 2009

UNDANG-UNDANG DAN ADAT ISTIADA SUKU KAUM TOBILUNG: Pengertian dan Peranan Hukum

Pengertian Hukum Adat

Perkara 160 (2)Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat, setakat mana yang ianya dipakai adalah sebahagian dari undang-undang negara. Walau bagaimanapun, sebelum adat diiktiraf oleh undang-undang ianya terlebih dahulu mestilah memenuhi empat (4) syarat seperti berikut:
a) Adat mestilah sejarah turun menurun, ianya tidak boleh direka oleh masyarakat.
b) Adat mestilah diamati dan disanjung, dihayati serta diikuti oleh masyarakat.
c) Adat mestilah berterusan, tidak putus-putus dari satu keturunan pada suatu suku atau bangsa.
d) Adat mestilah mempunyai kuatkuasa untuk memgenakan hukuman ke atas orang yang melanggar adat.

Peranan Hukum Adat dan Prinsipnya

Untuk mengatur rukun hidup masyarakat, masyarakat dikawal oleh undang-undang adat. Setiap perlanggaran norma hidup yang berlaku dalam masyarakat akan dijatuhkan hukuman adat yang setimpal dengan perlanggaran. Pada zaman dahulu hukuman yang paling berat ialah hukuman mati. Hukuman lebih ringan, lebih ringan daripada itu ialah dikeluarkan daripada lingkungan masyarakat dan sekitarnya. Hukuman yang lebih ringan dan yang lazimnya ialah membayar denda yang dinamakan ‘sogit’. Denda sogit pula banyak jenis atau mengikut tingkatan dari berbagai punca yang timbul daripada perlanggaran atau kesalahan seseorang. Prinsip hukum adat umumnya ialah mewujudkan keamanan, ketenteraman setiap anggota masyarakat keseluruhannya. Hukum adat zaman dahulu kala tidak merupakan wang tetapi menggunakan ternakan dan alat-alat keperluan seperti panding, kumanis, sabpa, luping, gong, tinukul, sumbul, parang, bontuk dan sebagainya. Tetapi kerana keadaan peredaran zaman dan keperluan hidup sehari-hari telah berubah terutama sekali alat-alat seperti tersebut di atas amat susah diperolehi maka pembayaran denda atau ganti kerugian bertukar dengan wang di mana bayaran wang telah difikirkan berpatutan dengan nilai harta benda denda tersebut.
Sumber: tobilung.blogspot.com

No comments: