Tuesday, May 26, 2009

UNDANG-UNDANG DAN ADAT ISTIADAT SUKU KAUM TOBILUNG: Bahagian III Kesalahan Seksual

Perbuatan Sumbang Kadim
8.
(1) Mana-mana lelaki yang melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan yang diketahui olehnya sebagai cucu perempuan, anak perempuan, adik atau kakak perempuan, nenek atau emaknya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung – Sumbang Tagayo.
(2) Mana-mana perempuan yang berumur enam belas tahun atau lebih yang membenarkan seorang lelaki yang diketahui olehnya sebagai datuk, bapa, adik lelaki atau abang, anak lelaki atau cucu lelakinya melakukan persetubuhan dengannya keizinannya adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung – Sumbang Tagayo.
(3) Dalam keadaan ini ‘adik atau kakak perempuan’ termasuk saudara perempuan seibu sebapa dan adik lelaki atau abang termasuk saudara lelaki seibu sebapa dan apa-apa ungkapan yang bermaksud perhubungan dua orang hendaklah terpakai walaupun perhubungan itu tidak dapat dikesan melalui nikah yang sah. Lelaki:
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau jantan besar kepada ketua adat dan
(b) Membayar adat sogit miukum 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul kepada ketua adat dan
(c) Menbayar adat pisukud kepada setiap pengadil (Ketua Kampung) 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(d) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan(e) Membayar adat sogit kepanasan kampung-kampung yang berdekatan. Ketua Kampung yang menerima sogit akan ditentukan oleh Ketua Kampung.
Perempuan:
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau betina (sumandak) kepada ketua adat dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul. Persetubuhan antara anak saudara
9.
(1) Sesiapa jua pun yang melakukan persetubuhan haram dengan seorang yangadalah saudaranya melalui pertalian persaudaraan sedarah sedaging adalahmelakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung dan boleh dikenakan:Lelaki
(a ) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau endung kepada Ketua Kampung atauketua adat dan(b ) Membayar sogit miukum 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul.
(c) Membayar adat pisukud kepada setiap ketua kampung yang membicarakan kes 1 ekor babi besar dan 1 buah tinukul.
(d) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buahkepada ketua adat dan
(e ) Membayar sogit kepanasan kampung kepada kampung yang berdekatan 1 ekorbabi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul.( Kampung yang menerima adat sogit kampung ditentukan oleh Ketua Kampong ).
Perempuan:
(f) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau sumandak.
(g ) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(2) Dalam kaedah ini, seseorang utu hendaklah disifatkan sebagai saudara melalui pertalian persaudaraan sedarah jika seorang itu termasuk dalam perhubungan kekariban yang ditetapkan dan disenaraikan dalam jadual 1Persetubuhan Haram Di Antara Orang-orang Yang Belum Berkahwin
10.
(1) Sesiapa jua pun yang melakukan persetubuhan haram denga mana-mana orang bukan suami isteri adalah melakukan perlanggaran undang-undang adat suku kaum Dusun Tobilung – Miakan.
(a) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 tinukul dan(b) Membayar adat kemaluan keluarga perempuan 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud 1 buah tinukul, 1 ekor ayam kepada setiappengadil
(2) Jika perempuan seorang anak dara dirogol:
(a) Membayar “adat kepampangan sinuruton” 1 ekor ayam dara kepada si perempuan dan
(b) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi besar dan
(c) Membayar adat kemaluan ibubapa perempuan 1 kerbau
(3) Apa-apa pembayaran kepanasan kampung di bawah kaedah ini hendaklah diberi kepada Ketua Kampung yang akan mengagih penalti itu dengan kadar yang sama kepada semua setiap keluarga yang biasanya bermaustatin di kampung itu. Persetubuhan Haram Di Ladang Atau Di Sawah
11. Sesiapa sahaja yang melakukan pelanggaran undang-undang adat suku kaumDusun Tobilung ‘Miakan-akan’ di ladang atau di sawah kepunyaan atau dalampenghunian sah orang lain boleh dikenakan membayar kepada pemilik atau penghuni ladang atau sawah adat sogit
(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi besar dan
(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud ketua kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam
Sumber: tobilung.blogspot.com

2 comments:

RIDWAN.ct said...

elly kalau bole kasi buku ini adat-adat Tobilung boleh buat rujukan akan datang...

elly said...

Ridwan ini adat2 tobilung rasanya suda di bukukan tapi saya pun kurang pastilah. Kalau sya ada ikut meting Persatuan Tobilung, nanti sya buat susulan..