Saturday, April 11, 2009

Cracked Pot....

Inilah nasihat pepatah lama Cina

Seorang wanita tua cina mempunyai dua bekas pasu air yang digantung disetiap penjuru galah yang di bawanya. Salah satu pasu itu telah retak sedikit, sementara yang satu lagi masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumah orang tua itu, pasu yang retak hanya dapat sampai dengan separuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun dan wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya, pasu yang sempurna sangat berbangga dengan pencapaianny, dan sebaliknya pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidak sempurnaannya dan berasa sangat sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya. setelah dua tahunberlalu dengan kepahitan dan kegagalan pasu yang retak itu berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai..."Aku sangat malu dengan diriku yang retak ini, menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumah mu". Wanita tua itu tersenyum dan berkata "sedarkah kamu wahai pasu ku yang retak akan bunga-bungaan di bahagian laluan kamu, tetapi bukan di laluan pasu yang lagi satu?" Itu kerana aku selalu menyedari akan kekurangan dirimu, Oleh itu aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari kamu telah menyiram benih-benih bunga itu dan ia tumbuh dengan subur. Selama dua tahun ini, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik untuk menghiasi meja rumahku. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegitu di rumahku. Ingatlah wahai pasu ku, setiap kita mempunyai kekurangan tersendiri, tetapi keretakan dan kekurangan itulah yang menjadikan perkongsian hidup yang menarik dan bermanfaat."

P/s: Kita perlu menerima setiap manusia seadaanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka dan bukannya melihat kepada keadaan bentuk fizikal mereka. Bentuk fizikal tidak mencerminkan siapa mereka tetapi yang di dalam diri itu yang akan mencerminkannya. Kepada semua sahabatku yang sempurna mahupun kurang sempurna, moga hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda!!

No comments: