Wednesday, June 24, 2009

Happy Father's Day...

Tidak terlambat rasanya saya mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada mereka2 yang bergelar bapa dan yang bakal bergelar bapa. Jadilah bapa2 yang baik kepada anak2 kalian dan seluruhnya...and to my Hubby..Happy Father's Day and we love you so much!!!

Hilangkan Rindu..

Lama rasanya saya tidak bersama-sama rakan-rakan di MAYA ini, jadi malam ni saya mengambil kesempatan untuk menghilangkan rindu kepada keng-kawan, kerana selepas ini saya akan bercuti lagi hehehe..harap2 selepas ini cuti saya tidak panjang..terlalu banyak yang ingin saya kongsikan tapi tidak tahu mana satu yang di dulukan hahahaha...biasalah tinggal di kampung macam2 yang kita lalui...ada seronok..ada yang pelik..dan macam2 ada. Apa pun selama berada di kampung, walaupun macam2 ada tapi saya tetap HAPPY bersama dengan hubby, my Hero dan family yang lain. satu perkara yang menarik yang saya lalui setelah bergelar PENANAM ANGGUR ni, saya berpeluang bersama2 dengan staff SAM meninjau perkembangan pembangunan yang berlaku di KM...dan yang mengujakan saya, SAM menjemput/melantik saya sebagai salah satu staff SAM. Terima kasih kepada sanguru dan staff2 sekalian. Dulu saya menyokong SAM dari belakang sekarang saya SEBARIS dengan staff SAM...dalam memperjuangkan SAM!!!

Thursday, June 11, 2009

Berehat Sementara...

Hari ini adalah hari terakhir saya bekerja di sini (Globinaco) setelah 3 tahun usia perkhidmatan saya yang tidak seberapa ini hahaha....berat juga hati mau tinggalkan opisku ini tapi ada yang lebih penting yang memerlukan saya. Biasalah kalau suda bergelar WIFE n MUMMy ni. Selepas ni, mungkin saya akan kurang aktif mengikuti perkembangan kengkawan di maya ini. Saya pasti merindui cerita2 dari rakan maya sekalian...apapun saya akan kembali secepat mungkin....berehat oku noh ti, kada oku dikoyu olingai kio....God Bless You all!!

Friday, June 5, 2009

Datuk setan’ perkosa cucu

Ini Datuk sial punya orang..bagus mampus ni orang!!Celaka!!

TELUK INTAN: ‘Datuk segala setan’ gelaran paling tepat diberikan kepada seorang lelaki yang tergamak menjadikan cucu perempuannya berusia lima tahun sebagai tempat memuaskan nafsu buasnya selama hampir tiga minggu sejak awal bulan lalu.

Lebih memalukan, warga emas berusia 66 tahun berhati binatang itu juga sanggup mempelawa tiga rakan, termasuk seorang anak angkat yang tinggal bersamanya untuk ‘meratah’ tubuh kanak-kanak itu di rumahnya di Langkap, dekat sini.

Perbuatan kejam keempat-empat suspek selama hampir tiga minggu hanya berakhir apabila disedari seorang jiran yang menyedari perubahan fizikal dan mental mangsa.

Mulanya kanak-kanak itu enggan bercerita, tetapi selepas dipujuk jiran berkenaan, akhirnya mengadu mengalami kesakitan melampau di kemaluannya.

Terkejut dengan pengakuan itu, jiran terbabit memujuknya membenarkan dia melihat kemaluan mangsa untuk dirawat.

Selepas diperiksa, jiran berkenaan sekali lagi terkejut apabila melihat ada kesan luka teruk di kemaluan mangsa.

Mengesyaki ia disebabkan perbuatan terkutuk datuk mangsa, jiran berkenaan memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Selepas berbincang, JKKK membuat laporan di Balai Polis Langkap pada 28 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata bertindak atas laporan itu, seorang warga emas berusia 66 tahun yang juga datuk mangsa ditahan untuk siasatan, diikuti penahanan dua lagi lelaki masing-masing berusia 42 dan 29 tahun.

“Seorang lagi suspek berusia 40-an masih diburu polis selepas dipercayai menghilangkan diri apabila mengetahui penahanan tiga suspek terbabit.

“Siasatan juga mendapati suspek berusia 29 tahun itu anak angkat kepada datuk mangsa. Mangsa menjadi habuan keempat-empat suspek selama tiga minggu sebelum terbongkar 28 Mei lalu.

“Ketiga-tiga suspek kini direman untuk membantu siasatan. Dua daripada suspek yang ditahan juga dipercayai penagih dadah,” katanya.

Menurut Goh, mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan dan laporan hospital menunjukkan terdapat kesan koyak di kemaluan mangsa dipercayai akibat dirogol.

Katanya, polis juga akan mendapatkan bantuan khas iaitu daripada Unit Perlindungan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kepakaran dalam mengumpul keterangan daripada mangsa bawah umur.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan pesalah boleh dipenjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

AHLI JAWATANKUASA PENYUSUNAN BUKU UNDANG - UNDANG DAN ADAT ISTIADAT SUKU KAUM TOBILUNG

PENAUNG : ENCIK MUJI NC AMPAU
PENASIHAT : ENCIK ABAR OT. GUMPAI
PENGERUSI : KAN SAGINDEK KULINDOD @ ESMAIL
TIM. PENGERUSI : KK. SUNGKIT HJ. BATUNG
SETIAUSAHA : ENCIK JOHN SIMPUL
AHLI JAWATANKUASA:
1. WKAN MALAWIT PADSOK
2. KK. RUMANGON WADITON
3. KK. MATANDING MAKADALI
4. KK. SAIT MALIGKAM
5. KK. TINGKOLOM DOMPIRON
6. KK. ANGGUN RIPOU
7. KK. MATABI GUMPOK
8. KK. GINSOS KONDOKOI
9. KK. JULIZAH TINGGALANG
10. KK. MADSIKOH SAMBION
11. KK. SANING TUPILAN
12. KK. GAMPAWI BAR
13. KK. GUSTI BANTASAN
14. KK. MENATEO KUMINKING
15. KK. DUMPIL UMUL
16. KK. PEMINTANG MODON
17. KK. LINSUN DURAIM
18. MANTAN WKAN GINSOS MODSONGIR
19. MANTAN WKAN WAIK JUMIN
20. MANTAN WKAN DUNGKONG ANGKAT
21. MANTAN KK. DALISOH TAMUNDOG
22. MANTAN KK. HJ. BATUNG MUKUS @ HJ. SALLEH
23. MANTAN KK. MARIKU DOMPIRON
24. MANTAN KK. MALONG BONTOL
25. ENCIK SAMBILAN LAKANTING
26. ENCIK GUNTARAK MAJUAN
27. ENCIK DAMIT DARIMBONG
28. ENCIK HJ. BIDAR HJ. JANJI
29. ENCIK MULUK MARANGGANG
30. ENCIK BAKAR GUMANG
31. ENCIK PALALON KIAMBAD
32. ENCIK GUNTAMAS TABURAN
33. PUAN LAMIAN GUNGGURUPA
34. PUAN KIMO GUNGGURUPA

Sumber: tobilung.blogspot.com

JENIS DAN NILAI HARTA

BIL JENIS NILAI MAKSIMUM NILAI MINIMUM
1 Kerbau Indung RM 1000 RM 700
2 Kerbau Sumandak RM 800 RM 500
3 Lembu Indung RM 900 RM 600
4 Lembu Sumandak RM 700 RM 400
5 Panding RM 700 RM 400
6 Kumanis RM 700 RM 400
7 Gong (Tawag) RM 600 RM 300
8 Tajau (Sabpa) RM 500 RM 200
9 Tinukul RM 250 RM 100
10 Babi Besar RM 350 RM 150
11 Kambing Besar RM 250 RM 100
12 Tajau Kecil (Niodop) RM 150 RM 80
13 Sumbul RM 150 RM 80
14 Gadur RM 100 RM 50
15 Salapa RM 80 RM 30
16 Poginggatan RM 50 RM 20
17 Parang (Guluk) RM 40 RM 15
18 Ayam RM 20 RM 10
19 Bontuk RM 5 RM 2


Nota:- Nilai tersebut adalah maksimum dan minimum apabila menghukum mestilah
dengan pertimbangan yang minimum atau sebaliknya, hukuman berdasarkan
fakta kes.

Sumber: tobilung.blogspot.com

ADAT BERLADANG

a) Mangagang - menebas, menanda
b) Madsalud - mengaji
c) Momodsu tonomon - memandikan bibit padi
d) Mangarantas - menghilangkan penyakit padi
e) Monimbu-timbu - memberi makan semangat padi
f) Timimpuun - memulakan mengetam padi
g) Mamaagi - membahagikan hasil padi kepada orang halus

Sumber: tobilung.blogspot.com